SAMBUTAN HARI GURU 2008 MTT

June 15, 2008

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

InsyaAllah, MTT akan menganjurkan majlis sambutan Hari Guru peringkat Ma’ahad pada hari Isnin, 23 Jun 2008.

Majlis ini buat julung kalinya akan dikendalikan oleh pelajar-pelajar MTT sendiri di bawah seliaan Cikgu Abdullah bin Embong.

Sebarang sumbangan dari para dermawan yang budiman amatlah dialu-alukan untuk menjayakan lagi majlis ini.

Hubungi kami di talian berikut untuk maklumat lanjut:
09 – 6669550 ( pejabat )

atau emel sabil_1977@yahoo.com.my

Advertisements

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2007 MTT DAN PENYAMPAIAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2008

May 27, 2008

Ma’ahad Tahfiz wal Tarbiyyah Darul Iman Tok Jiring (MTT) akan menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2007 dan Penyampaian Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2008 pada Ahad, 8 Jun 2008.

Majlis ini akan dibahagikan kepada dua segmen, Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2007 pada sesi pertama dan Penyampaian Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2008 setelah selesai sesi pertama.

Aturcara Majlis

9.30 pagi Ketibaan dif jemputan
9.40 pagi Ketibaan para VIP
9.45 pagi Ucapan Pengerusi Majlis
Bacaan al-Quran oleh wakil pelajar MTT
Ucapan Pengerusi Jemaah Ibubapa dan Guru (JIBG) MTT
Ucapan Mudir MTT
10.15 pagi Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar MTT (PMR, SPM, STAM) 2007
10.30 pagi Ucapan Pengerusi Eksekutif MTT
Ucapan Penutup oleh Pengerusi Yayasan Kebajikan dan Pendidikan Terengganu ( YAKEP )
11.15 pagi Jamuan ringan
11.30 – 2.00 petang Penyampaian Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2008 oleh guru kelas

2.00 petang Bersurai

Sesi pertama adalah terbuka kepada umum. Sementara pada sesi kedua, perjumpaan dikhususkan kepada ibubapa pelajar.

Individu-individu yang berminat untuk menyumbang bagi menjayakan majlis ini bolehlah menghubungi pihak MTT di talian yang tertera di bawah. Mana-mana pihak yang ingin menaja hadiah kepada pelajar cemerlang juga amatlah dialu-alukan.

Wassalam

Hubungi kami di talian berikut untuk maklumat lanjut:
09 – 6669550 ( pejabat )
017-4120225 ( Us. Muzaihar Kamal )
019-9182080 ( Us. Ramli )

atau emel sabil_1977@yahoo.com.my